Tahun ini boleh dikatakan tahun suwey buat Zizan Razak apabila terpalit pelbagai kontroversi bermula dengan kisah bercumbu dengan kekasih di dalam kapal terbang sehinggalah melanggan perempuan di sebuah pusat karaoke terkemuka di Indonesia.
Ramai pihak meramal Zizan sedang berada di ambang kejatuhan kariernya namun buat pelawak itu tiadalah istilah kejatuhan tersebut dan menganggap apa yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah.
Dipetik Zizan Razak berkata
Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui. Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak.
Semoga apa yang telah berlaku menjadi iktibar buat mereka yang terlibat dengan dunia seni ini.