Tentera laut Thailand berjaya menyelamatkan beratus-ratus ekor anjing yang mahu dijadikan hidangan makan malam di Vietnam dalam satu operasi mematahkan penyeludupan, menurut pegawai tentera laut semalam.

Kapten Theerakiart Thong-aram berkata, mereka menemui kira-kira 750 ekor anjing di dalam sebuah trak yang mahu menaiki feri merentasi sungai Mekong di wilayah Nakhon Phanom.

Seorang lelaki ditahan tetapi beberapa lagi rakannya berjaya melarikan diri.

Sumber dipetik: Utusan Malaysia