Seperti semue sedia maklum, sejak pulang dari umrah, kini Abby Abadi telah berhijrah sepenuhnye. Apabila ditanya media, apakah sebab die kini berhijrah, antara jawapan yang diberi olehnya ialah  perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana dan bertudung sepenuhnye.

Namun perkara kurang enak berlaku, apabila seseorang artis telah bertudung, difahamkan tawaran berlakon semakin berkurangan. Ini terjadi juga pada Abby apabila terdapat produksi yang membatalkan kontrak berlakon kerana dia sudah bertudung. Tidak pasti pihak siapa yang benar, kite tunggu jawapan daripada pihak produksi.