Nampaknya kemelut Amiruddin terhadap Adi Putra yang berskandal dengan bekas isterinya masih lagi tidak selesai. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes NFA iaitu No Futher Action pada bulan Disember 2013 dan ini membuatkan Amiruddin semakin tidak senang duduk dan tidak berpuas hati dengan sistem siasatan pihak polis yang dianggap berat sebelah.
BACA: Jawapan kes skandal Adi Putra, “No Further Action” wujud suka sama suka
Beberapa minggu lepas, Amiruddin telah memuat naik gambar yang dipercayai milik Adi Putra yang telah di kongsi artis tersebut kepada bekas isterinya awal tahun lepas. Gambar tersebut menunjukkan Adi Putra hanya bertuala di dalam bilik mandi di sebuah hotel.
Menariknya, Amiruddin meulis komen bahawa sesiapa yang komen pada gambar tersebut akan diberikan 1 CD skandal yang mengandungi bukti Adi Putra bersalah kerana melayan bekas isterinya. Gambar penuh selepas ini.