Penyanyi menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem telah terlibat dengan kemalangan ketika memandu di Lebuhraya NPE sekitar jam 2.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta telah melanggarnya dari arah belakang mengakibatkan kerosakan di bahagian belakang serta tayar keretanya terkeluar dari tempat tayar. Namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan mengakui agak trauma selepas insiden itu.

Sumber dipetik: Sinar Harian