Nampaknya perkahwinan mereka hanya dapat bertahan selama 8 bulan. Menurut akhbar Kosmo!, Chef Riz mengaku bahawa dia dan Ana Dahlia sudah bercerai bagi mengukuhkan desas-desus perceraian mereka itu. Walaubagaimanapun, Chef Riz enggan berkongsi punca perceraian mereka dan hanya mengatakan tidak persefahaman. Sebagai nota, mereka telah berkahwin sekitar bulan Disember 2011.