Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan.
Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta).
Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion).
Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion.
Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan.
Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.
Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.
lo………ilek ar….
mmg la cam tu……….
Skrg ni pemain malaysia tempatan mula la bercita2 kunun2 berharap dapat main kat Newcastle. KBS dan FAM pulak pasang angan2 mutu bola sepak cemerlang bakal menyinar 😀 😀 😀 😀 😀
Teringat dulu ketika Proton taja Norwich yang berjaya masuk EPL, Akmal Rizal dah mula pasang angan nak main kat EPL. Siap kawen awal semata2 konon2 senang nanti kena pindah england. Last2 tinggal angan2 je la
hahaha.. mutu bolasepak malaysia akan menyinar?? tunggulah 1000 tahun lagi..
hehehe…walaupun die beli Newcastle Utd, aku tak rasa ader pemain Malaysia dapat main tuk kelab tu pun..huhuhu
pernah didedahkan oleh para pemain tempatan yang pernah bermain di luar negara, stamina pemain liga ke-3 england lebih baik daripada pemain malaysia. Tu baru bab stamina. Bab skil ? ntah2 lebih dahsyat daripada pemain liga england paling bawah.
Apapun KBS dan FAM harus bersikap profesional. Jika Chelsea tidak dipenuhi pemain rusia, MU tidak dipenuhi pemain US, Man City tidak dipenuhi pemain arab, so takde sebab newcastle harus dimasuki oleh pemain malaysia hanya kerana owner dia malaysia
yes..betul2..lebih2 lagi..derang ni investor..mesti nk pulangan kan??karang beli pemain ntah pape..buat lost je..abis $..hahahhah
that's right the phenom
dh byk duit ape susah..haha
ananda pikir ke anak mlysia ni haa..dia pikir perut kenyang dia sudaaa..ada untung masok boleh kire duet…
ni kalau player mlysia main kat team die, die pikir2 de untung masok ka??lu pikir la sendiri..
memang pown…………
ko umo brp ewiwzz mcm dh tua je muke..hahaha
Enter text right here!
S
mmg pun… dah tua huhuhu…. umur aku dah msk 32 aaa beb !
apeplak ko ni..aku sj je tanye..32 ke?mcm 40 je..heheh
aku x kisah,,apa ade pada umur…just nombor hhehehe… tua ke muda tp klu hidup x berkualiti, xde maknanye… be Happy!
ade.. lebih kedutan di muka dan bahagian2 lain.. hehe