Ini berita paling WTF untuk tahun 2012. Ani Mayuni, pelakon dan juga bekas penyanyi dangdut telah membuat laporan polis semalam. Dalam laporan tersebut, Ani mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain dihantuk ke dinding bilik rumahnya yang mengakibatkann kederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Kejadian berlaku sekitar 8 pagi apabila Ani menghubungi suaminya untuk membelikan sarapan namun selepas 30 minit, suaminya pulang terus membelasahnya. Nasib Ani baik kerana kebetulan abang kandungnya berada di rumah tersebut untuk menyelamatkannya daripada terus dipukul.