Berbalik kita pada Melodi hari Ahad, 18 Julai 2010. Sedutan “Panas” menemubual seorang wanita dikatakan ditipu oleh bekas kekasihnya seorang model lelaki merangkap artis. Ramai tertanya-tanya adakah artis itu Ashraf Muslim, sebenarnya artis lelaki tersebut bukanlah Ashraf Muslim tetapi dia adalah Azuan Mazlan. Kan wanita tu cakap bermula huruf A, diakhiri huruf N. Apelah korang ni.

Masalahnya siapa Azuan Mazlan ni? Tak kenal pun. Katanya pelakon drama Jersi 9. Wakaka crew! Search aje Azuan Mazlan untuk lihat gambar dia yang lebih jelas. Ikuti sedutan di bawah.

  • Wanita tersebut mengatakan artis itu ada masalah dengan duit dan hendak meminjam RM3 ribu daripadanya.
  • Wanita tersebut meminjamkan sejumlah wang tidak mencecah RM3 ribu seperti yang diminta.
  • Kemudian artis itu ambil duit tersebut dan terus mendiamkan diri.
  • Wanita tersebut serbu rumah artis itu. Kantol artis itu sedang bersekedudukan dengan perempuan lain pada siang hari.
  • Wanita itu ajak berunding secara baik tetapi artis itu ignore segala mesej dan smsnya.
  • Tiba-tiba x-girlfriend artis itu maki artis di wallnya di Facebook. Rupanya artis lelaki ni berjenis kaki cukur suka meminjam duit dari kekasih-kekasihnya yang terdahulu.