Uols rasa manis melihat gambar orang di atas ni bertudung, well think again! Orang yang bertudung di atas ini nama sebenarnya Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz. Dia kini berusia 25 tahun. Berkelulusan diploma dalam bidang perubatan telah mengenakan pakaian lengkap wanita beserta tudung ketika menghadiri mahkahmah.

Dia telah menggemparkan dunia Metro apabila berhajat untuk menukar jantina dan nama kepada nama perempuan iaitu Alesha Farhana Abd Aziz. Namun keputusan itu ditangguh oleh Mahkamah Tinggi sehingga 18 Julai depan.

Difahamkan oleh peguamnya, Mohd Ashraf sudah menerima laporan perubatan daripada hospital yang menjelaskan dia layak menjalani pembedahan serta hidup sebagai wanita kerana ketidaknormalan agen seksual serta kecenderungannya sebagai wanita sejak kecil.

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah menjelaskan tiada perundangan yang boleh membenarkan permohonan pempetisyen dan jika permohonan tersebut dibenarkan ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.