Pada bulan Mei yang lepas, Ashraf Hafiz telah menggegarkan mahkamah Malaysia dengan mencabar untuk permohonan menukar jantina dari seorang lelaki kepada perempuan. Walaubagaimanapun, keputusan mahkamah menggagalkan permohonan tersebut atas sebab tidak menepati 4 faktor untuk menyokong permohonan tersebut. Berita penuh after le lompat.

Dipetik Harian Metro hari ini.

Dia membuat permohonan itu pada 25 Mei lalu selepas melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Hakim Mohd. Yazid berkata, beliau juga bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bahawa permohonan tersebut tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Katanya, walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.