Pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 2.00 pagi tadi. Beliau difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dimasukkan ke Hospital Kajang pada 10 malam, 4 Mei lepas untuk menerima rawatan Unit Rawatan Koronari (CCU).
Aziz Sattar sangat dikenali dalam dunia seni sebagai watak Ajis dalam siri filem trio Bujang Lapuk. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.