Belum selesai kes artis Ani Mayuni dibelasah suami akibat minta belikan sarapan. Seorang lagi artis menerima nasib yang sama, Balkisyh Semundur Khan, pelakon filem Diva.

Dia bukan sahaja ditampar, kepalanya juga dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya di kediaman mereka di Wangsa Maju. Kejadian berlaku sekitar 10.30 malam apabila berlaku perselisihan faham di kediamannya.

Balkisyh menjelaskan suaminya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan dia telah dipukul.Walaubagaimanapu, selepas mengetahui kebenaran, suaminya kembali tenang dan hubungan mereka kembali seperti biasa. Tidak tahan dengan sikap suaminya yang kaki pukul, dia telah membuat laporan polis.