KES BENJY

Apa sudah jadi kepada pelakon Benjy yang ditangkap lagi berkaitan kes dadah ini. Benjy telah ditahan selepas ujian air kencingnya positif dadah jenis syabu. Dia di tahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada pukul 11.30 pagi pada 28 Jun 2013. Apa yang menarik, Benjy telah bertindak agresif ketika jurugambar media cuba mengambil gambarnya yang baru keluar dari Mahkamah Majistret Ampang.

Dalam keadaan bergari, Benjy telah menumbuk seorang jurugambar media bagi mengelak gambarnya dirakam. Pelakon tersebut juga turut menepis beberapa kamera jurugambar lain selepas menumbuk jurugambar itu.