Update: Jenazah Allahyarham Yasmin Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS21 di sini hari ini dengan dihadiri oleh kira-kira 1,000 kenalan termasuk saudara mara Allahyarham.

Penulis mengucapkan takziah di’atas pemergian arwah Yasmin Ahmad yang meninggal dunia jam 11.25 malam (Sabtu). Perginya sudah seorang tokoh perfileman tanahair. Yasmin Ahmad sebelum ini rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. Pelbagai spekulasi sebelum ini ada mengaitkan bahawa Yasmin Ahmad telah dibuat orang kerana penyakit strok tidak menyerang dua kali pada jangka masa terdekat. Wallahualam.

Ucapkanlah kata-kata terakhir anda sebelum ia dikebumikan pagi ini. al-Fatihah. Disebalik pemergiannya, sebak dihati apabila membaca blognya dan juga melihat gambar-gambarnya di Facebook beliau.