Ini adalah beruang Syria diberi nama Fifi. Fifi tinggal di sebuah sangkar yang kecil selama 10 tahun di sebuah zoo di Pennsylvania. Kemudian, dia terpaksa tinggal lagi 20 tahun di sangkar tersebut apabila zoo tersebut ditutup. Secara logiknya, amat mustajil seekor beruang dapat ‘survive’ masa yang sangat lama itu. Namun dia masih menunggu penyelamatnya.
Pada musim panas tahun lepas, pemilik zoo tersebut membuat pilihan untuk melepaskan beruang itu. Namun apabila pekerja PETA tiba, keadaan beruang itu amat mengejutkan.
Selama 3 dekad, Fifi dikurung dalam keadaan yang menyedihkan. Malah dapat dilihat betapa kurusnya beruang itu apabila melihat kulit dan matanya.
Fifi kemudian dipindahkan ke Wild Animal Park di Colorado untuk diberi rawatan dan makanan yang menyihatkan.
Ini adalah gambar pertama Fifi merasai rumput, air dan buah-buahan selepas 30 tahun.