Berita sedih untuk malam jumaat. Pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau nama penuhnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Arwah di kediamannya. Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.