mawi-ekin-kahwin

Setelah selamat di’ijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, dengarnya Mawi dan Ekin akan berbulan madu di Korea. Khabarnya lagi mereka akan berbulan madu lebih dari sekali kerana syarikat jualan DCL akan menaja mereka untuk pergi berbulan madu.

Malah DCL juga bukan setakat menaja Mawi dan Ekin berbulan madu tetapi akan diikut sekali dengan wakil-wakil media. Liputan apa pula nanti ya? Jangan liputan x-rated sudahlah ya! Tapi apakah wakil-wakil media ini berminat untuk menyertai mereka setelah dihalau dan dimaki bagai anjing kurap semasa mereka cuba membuat liputan di majlis perkahwinan Mawi Ekin semalam?