darling-ngasri01
Lagi gambar di’bawah

CAK pun pernah kecewa dalam bercinta jadi CAK faham perasaan dialami Darling. Tetapi hendak buat macam mana, dah tak ada jodoh. CAK yakin pasti ada hikmah di sebaliknya. Tetapi walaupun sudah putus kasih, CAK tetap ingat segala nasihat bekas kekasih CAK dulu. Jadi tak adalah terlintas di hati CAK hendak buat perkara mengarut dan boleh menjatuhkan maruah.

Tetapi lain benar CAK tengok perubahan diri Darling kini. Ketika cintanya masih berputik, dia sanggup menukar imej seksi kepada penampilan yang lebih sopan dan anggun. CAK pun tumpang bangga kerana dah jelak tengok artis asyik pakai fesyen berkemban. CAK percaya perubahan itu terjadi hasil dorongan buah hati.

darling-ngasri02

darling-ngasri03

CAK juga yakin mana-mana lelaki pun pasti tidak mahu tubuh kekasih mereka menjadi santapan mata orang lain.

Bagaimanapun sejak ‘cincin tanda’ pemberian sang kekasih dipulang semula oleh keluarganya, Darling tiba-tiba berubah. Fesyen terdedah lengan dan dada kembali menjadi kegemarannya.

CAK dapat saksikan perubahan imej Darling ketika dia menghadiri majlis Anugerah Skrin 2008, November lalu.

Sumber: Berubah sejak putus cinta (myMetro)