Pihak Astro telah mengumumkan perlantikan pengetua baru bagi menerajui rancangan realiti Akademi Fantasia 2014 iaitu Datuk Hattan pada konsert minggu pertama yang berlangsung pada hari Ahad, 7 September 2014 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Turut sama diperkenalkan ialah barisan tenaga pengajar AF2014 yang terdiri daripada Siti Hajar, Fatimah Abu Bakar, Marlia Musa, Linda Jasmine dan Cikgu Acis.
Seramai 12 orang pelajar akan berentap untuk bergelar Juara Akademi Fantasia 2014. Gambar tenaga pengajar AF2014 di bawah.