Penulis semakin bingit membaca berita seorang artis di Harian Metro hari ini. Walaupun ia bukan menjadi tajuk utama seperti yang dimulakannya pada 19 Jun lepas tetapi penulis tetap peka mengenai ini. Siapa lagi kalau bukan cerita mengenai Datuk Sharifah Aini. Sila ambil perhatian bermula perenggan di’bawah untuk memahami apa yang penulis faham.

1

Harian Metro: 19 Jun 2009: Muka Utama & Muka surat 8

Datuk Sharifah Aini mendakwa ditipu oleh komposer S. Atan (— lihat gambar) dan mengeluarkan statement seperti berikut:

Serahkan kembali wang RM83 ribu sebelum 30 Jun ini… Jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang!

Selain daripada statement di’atas, Kak Pah juga menyebut seperti  berikut:

Saya ada mendengar komposer berkenaan pernah buat hal sebelum ini dan menipu beberapa artis serta syarikat rakaman. Begitupun saya tidak menyangka dia berani melakukan perkara sama kepada saya. Saya memang tidak percaya dia sanggup menipu saya.

Dan berikut ayat berbaur sindiran daripadanya:

Saya percaya dia mampu membayarnya kerana memiliki rumah besar dan kereta mewah.

Harian Metro: 22 Jun 2009: Muka Utama & Muka surat 4

Selepas dituduh menipu Datuk Sharifah Aini, Komposer terkenal, S. Atan menjawab tuduhan tersebut:

Sejak 40 tahun menceburi bidang ini, saya tidak pernah menipu sesiapa, tanya mana-mana pihak dalam bidang ini. Dia juga mengeluarkan kata-kata sinis mengenai pendapatan saya dan cara saya mencari rezeki untuk keluarga. Kenapa mahu kaitkan keluarga saya sedangkan perbalahan ini antara saya dan dia.

S. Atan menerangkan lagi bahawa:

Melalui media, dia mendakwa sudah merujuk susunan muzik dalam master tape kepada 20 komposer. Jadi saya cabar dia panggil komposer berkenaan, seorang pun cukup untuk berjumpa saya untuk memastikan dia seorang professional supaya kita boleh sama-sama tentukan sama ada saya yang menipu atau dia yang bermasalah.

Harian Metro: 23 Jun 2009: Muka surat 7

Datuk Sharifah mengeluarkan statement seperti berikut:

Kalau dia gentleman, dia tidak perlu bergaduh dengan seorang wanita seperti saya. Bagi saya, S. Atan terlalu emosional dan ini membuatkan dia jadi defensive.

Kemudian dia mengeluarkan kenyataan yang pada pendapat penulis, sangat bodoh!

Saya tidak pernah kata S. Atan menipu tetapi saya rasa tertipu. Saya ada bukti, bodohlah saya kalau mahu bercakap tanpa bukti.

WTF? Dia yang mula mengeluarkan kenyataan akhbar kononnya ditipu seorang komposer, kini dia memberi statement seperti ini? Penulis merasakan bahawa Datuk Sharifah Aini ini jelas mempunyai sakit mental selepas lama hidup menyepi. Manusia mana yang apabila dituduh menipu hanya akan berdiam diri? Bodoh ke Kak Pah ni? Dah menuduh S. Atan menipunya tetapi apabila S. Atan cuba mempertahankan tuduhan tersebut, dia boleh pula bagi statement macam ni? Wow! Kita kekurangan Datuk yang bijak pandai sekarang ini.

Psst, ingat lagi tak lakonan Kak Pah kononnya dipukul ketika pulang dari Sri Pentas sewaktu dia didakwa menjadi dalang surat layang yang memburuk-burukkan Datuk Siti Nurhaliza? Rakaman CCTV menunjukkan tiada sesiapa ketika dia menaiki kereta, tiba-tiba keluar kenyataan akhbar dia dipukul. Cheap publicity!