HARI ini merupakan hari yang penuh debaran buat gadis jelita ini. Bukan kerana menghadiri uji bakat lakonan atau temu janji bersama teman istimewa, tetapi inilah harinya Diana Danielle melangkah masuk ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Mengakui dibelenggu emosi kesedihan, Diana yang ditemui Selasa lepas, turut tidak menolak debaran di hatinya – bukan kerana takut dengan situasi yang akan dihadapinya nanti, sebaliknya perasaan rindu terhadap ibu kesayangan yang membuak-buak pasti akan dirasainya nanti.
Detik menyertai program itu di Kem Princess Haliza, Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh Diana, namun kerisauan memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya, Norsiah Ramli sendirian, membuatkan perasaan sedih dirinya tidak mampu disorokkan.
ek eleh msk plkn pn nk kecoh..
rindu kt mak la..ape la..
padan muke kauuu
haha!! betulx3
ko xde mak kew…biar la nk rndu mak…adik beradik dh la xde…
habis la ko jadi hitam.. hahahahahha.. tapi saya pasti dia ni CONFIRM dapat layanan VVVVVVVIP ni nanti time PLKN.
btul2…lum msuk ag dh kecoh mcm2…konon2 dpt exception laaa….
kite tggu n lihat je la eakk….