Elly Mazlein atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi telah mengumumkan pertunangan-nya dengan seorang pengarah filem iaitu Azmi Mohd Hata. Azmi merupakan pengarah filem Duhai Si Pari-Pari lakonan Liyana Jasmay & Que Haidar.

Pertunangan yang bakal berlangsung ini adalah pada 29 Mei 2011. Pertunangan yang diikat 10 bulan ini bakal menyaksikan majlis perkahwinan mereka insya-Allah pada Februari tahun hadapan. Bakal suaminya merupakan seorang duda anak dua berasal dari Slim River, Perak.