Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil telah mengumumkan berita gembira ini secara press conference bahawa dia akan menikahi Diana Danielle pada 3 November 2012. Dia mengumumkannya ketika majlis pelancaran filem terbaharu arahannya iaitu Pe3 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Sebagai nota, hubungan percintaan selama tiga tahun antara Farid Kamil dan Diana Danielle ini pernah mengalami kerentakan pada awal tahun 2011 apabila ade gosip mengatakan hubungan mereka telah terputus. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan majlis pertunangan mereka, boleh klik Gambar pertunangan Farid Kamil & Diana Danielle.