Tahniah kepada pengarah filem muda, Syamsul Yusof kerana kutipan filem KL Gangster telah mencecah RM1.5 Juta hanya pada hari pertama! Sebagai nota, Syamsul Yusof telah menang gelaran Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun lepas.

Selain daripada plot filem yang menarik, tarikan artis-artis popular juga merupakan sebagai salah satu faktor menarik peminat ke panggung wayang. Antara artis yang membintangi seperti Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak dan Shoffi Jikan.

Nampaknya dendam saingannya semakin membara apabila filem saingannya dikritik hebat sebagai filem yang tak berkualiti. Psst, ada harapan tahun ni menang lagi ke, Sol?