Suhaimi Saad datang lagi dengan kontroversi terbaru apabila dikatakan berkongsi satu pautan berkaitan poligami di ruangan komen di salah satu status facebooknya sebelum ia di buang.

Namun melalui status update terbaru, dia menuduh ia adalah perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab dengan membuat fake account dan kemudian menepek pautan tersebut.

Disebabkan perkara itu, netizen di forum cari telah membuat siasatan dan mendapati fake account tersebut mempunyai kaitan dengan orang yang mengambil screenshot kerana jika dilihat di dalam screenshot itu, hanya tuan punya status update sahaja mempunyai akses untuk LIKE, REPLY dan DELETE komen orang lain tetapi hanya butang DELETE sahaja yang ada di komen fake account tersebut. Ternyata orang yang ambil screenshot itu sendiri adalah pencipta fake account tersebut jika benar ia adalah fake account dan bukan profil sendiri yang membuat komen itu šŸ™‚

Jelas di situ, sama ada Suhaimi sendiri yang ambil screenshot tersebut ataupun ia diadukan oleh lain (which is tak logik sebab dia boleh screenshot sendiri, komen itu kan di profile dia). Jika adalah perbuatan Suhaimi Saad, itu adalah tindakan terkutuk abad ini menuduh haters tetapi jari-jemari sendiri yang mengotorkannya.

Seorang peminat menjelaskan mengenai butang LIKE REPLY dan DELETE