Tasha-Shilla-Disampuk-MEDIAMALAYA

Berita hangat ini disampaikan oleh Astro Gempak dikhabarkan pelakon Tasha Shilla telah meracau di tapak penggambaran sehingga babak itu terpaksa ditangguhkan. Ada khabar angin mengatakan Tasha terkena sihir.

Dipetik sumber berkata

 

Kami terpaksa menangguhkan scene Tasha kerana keadaan dia tidak mengizinkan. Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha. Sebab itu dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena “tuju-tuju”

Tapi wallahualam…hanya tuan punya diri tahu mengenai itu

Tasha Shilla dikatakan mengalami penurunan berat badan beberapa bulan yang lalu namun dikatakan berpunca putus cinta dengan bekas teman lelakinya namun gosip itu disangkal olehnya. Hmm, kami berpendapat ini hanya sekadar teknik untuk melakukan filem / drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi.