Mulai 8 September 2014, beberapa jenama rokok pilihan akan dinaikkan mencecah RM13 sekotak. Antara jenama yang terlibat ialah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strike, Pall Mall, Rothmans & Peter Stuyvesant.
Rokok-rokok ini mengalami kenaikan sebanyak RM1 berkuatkuasa tarikh di atas. Apakah pendapat anda mengenai kenaikan ini? Setuju ataupun tidak?
Sebagai nota, di Singapura, sekotak rokok dijual pada harga SGD12. Manakala di Hong Kong dijual pada harga HKD60, iaitu sekitar RM30 jika ditukar matawang.
Jadual Harga Kenaikan Rokok 2014 adalah seperti gambar di bawah.