
“2009 adalah tahun yang paling sesuai memandangkan tahun lalu saya tidak sempat merancang apa-apa kerana fokus dan keutamaan adalah pada Hot FM,” katanya.
Penyampai Menu Muzik Hot FM yang ke udara Isnin hingga Jumaat dari jam 1 tengah hari hingga 4 petang ini memilih 22 Februari 2009 untuk mengakhiri zaman gadisnya. Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi dan disusuli majlis persandingan (tengah hari) apabila kedua-dua upacara itu akan dilangsungkan di Dewan Perdana Felda. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan 28 Februari di Kota Tinggi, Johor.



Sumber: Tini pilih 22 Febuari (myMetro)