Well guys, ini berita semalam dalam newspaper. Akhirnya.. Ya akhirnyaaaaa Eira Syazira telah mengaku bahawa dia dan Azad Jazmin bergelar pasangan kekasih. Walau diterjah pada awal bulan Mac oleh krew Melodi mereka berdua tetap tidak mengaku, namun kami tak terperanjat.

Hasil siasatan kami 9 bulan lepas mengenai gossip Eira Syazira dan Azad Jazmin bercinta kini ternyata benar. Cuma kami pelik, dulu sumber terdekat dengan Eira Syazira beritahu kami bahawa hubungan mereka sekadar ibarat Eira Syazira melayan Azad Jazmin atas dasar suka-suka, tapi kini nampak macam dua-dua saling-mencintai pulak. Huhu mungkin penangan kuasa cinta-lah ni.

Kita tinggalkan gosip jahat itu, berita terbaru yang kami terima adik kepada Azad Jazmin, Nizar telah meninggal dunia pagi semalam. Mari-lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Al-Fatihah.