Baru-baru ini Indah Ruhaila telah menyelamatkan seorang kanak-kanak sesat ketika bershopping di Johor Premium Outlet.
Dipetik Indah berkata
Saya bersama keluarga pergi membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu, ketika itu pada kira-kira pukul 8 malam saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia dua tahun berlari-lari seorang diri tanpa pengawasan.
Saya tidak sedap hati dan mengekori kanak-kanak itu sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan seperti mencari seseorang. Saya mendekati kanak-kanak itu dan bertanya tentang ibu dan bapa, dia kelihatan ketakutan dan mencari-cari ibunya.
Indah kemudian telah membawa kanak-kanak itu ke balai polis di dalam kawasan JPO untuk mengumumkan ibu bapa kehilangan anak namun dilarang oleh pihak polis demi keselamatan kanak-kanak itu.
Dipetik lagi Indah berkata
Saya sebak melihat ibunya menangis-nangis di balai kerana menyangka mereka tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya itu.
Saya nasihatkan mereka agar lebih berhati-hati selepas ini kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini, sekarang terlalu banyak jenayah yang melibatkan kanak-kanak.
GOODJOB ADIRA 🙂