matyoisteri

Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Mat Yo iaitu Siti Aisya Adam telah memohon maaf berkenaan insiden yang berlaku awal bulan September lalu.

Video mengenai cacian kepada Pengawal Keselamatan oleh Siti Aisya yang menjadi viral beberapa hari lepas telah menimbulkan rasa kurang selesa oleh rakyat Malaysia. Namun demikian, Siti Aisya melalui kenyataannya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya itu.

Dipetik kata-kata Siti Aisya lagi, dia percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar dan mohon kepada orang orang tidak menghukumnya tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Maka selepas ini diharap pengujung dan pembaca dapat memaafkannya dan berhenti menghukum wanita tersebut.