Heboh apabila sebuah portal hiburan telah memaparkan satu video di mana di dalam video tersebut terdapat artis bernama Izara Aishah yang seksi sedang membuat persembahan tarian tango. Akibat daripada itu, banyak cemuhan telah diberikan kepadanya kerana beraksi sebegitu.

Namun Izara telah memberi maklumbalas mengenai video tersebut. Kata-katanya dipetik,

“Apa yang Izara boleh cakap, ia adalah video lama. Ketika itu Izara belum lagi menyertai Dewi Remaja. Izara dan teman sekolej melakukan projek khas untuk semester akhir pengajian. Tak sangka pula video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.”

“Izara maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Percayalah Izara sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian. Ya, dulu Izara memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, Izara sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk,”

jelas Izara yang mengakui ketika video tersebut dirakamkan, usianya belum mencecah 18 tahun.