Seorang lelaki berbangsa Cina telah membunuh diri dengan nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau pada awal pagi ketika isteri dan jiran sedang nyenyak tidur.

Isterinya hanya menyedari apabila terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi seperti orang sedang bergaduh. Difahamkan lelaki tersebut membunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi.

Elly Suriati ketika memberi keterangan menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka jika ada majlis. Elly tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki yang membunuh diri itu. Nasib berjirankan artis, popular sebentar hari ini.