Minum kopi dan makan pasta di restoran Utusan Online (copy-paste)

Pelakon dan penyanyi Zulkifli Daud, 37 atau lebih dikenali dengan panggilan Joey, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Noraini Mohammad Nasir, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini hari ini.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah mengesahkan penceraian itu selepas hari ini Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan Noraini yang mengatakan bahawa lelaki itu pernah rujuk kembali selepas empat hari lafaz cerai berlaku pada 4 Jun 2010.

Sehubungan itu, mahkamah menerima sumpah tersebut dan menerima tuntutan pengesahan cerai yang dikemukakan oleh Noraini, tahun lalu.