johanPetikan ini diambil dari Harian Metro:

Tiada apa yang lebih membahagiakan mereka. Saat yang ditunggu-tunggu itu bakal menjelma sedikit masa lagi. Meskipun persiapan perkahwinan masih belum tersedia sepenuhnya kerana masing-masing sibuk dengan komitmen sebagai artis, Johan dan Ozlyn sepakat mengikat ikatan itu menerusi majlis pernikahan 25 Julai ini di Masjid Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Menurut Johan, majlis persandingan akan diadakan pada September nanti. Buat masa ini, mereka sepakat untuk mengakhiri hubungan itu dengan majlis pernikahan terlebih dulu.

“Kami memilih Masjid Pandan Perdana kerana kemudahan di situ sesuai dan memudahkan jemputan yang akan datang nanti.