Pada 4 November 2015 (Selasa) telah berlaku kejadian puting beliung di Seberang Prai, Balik Pulau, Georgetown dan Bagan di Pulau Pinang. Kejadian yang lebih dikenali sebagai water sprout (belalai air) berlaku kira-kira jam 4.00 petang, semalam. Namun begitu, tiada sebarang kemalangan dan kerosakan harta awam dilaporkan. Kejadian ini telah menjadi viral apabila orang ramai mula berkongsi gambar menerusi laman sosial.