Saya tahu bahawa Datuk Shahrir Abdul Samad merupakan antara ahli politik berkategori berotak bijak, tetapi kenyataannya di laporan akhbar hari ini begitu jelas menjejaskan tahap kebijaksanaan beliau selama ini. Atau mungkin beliau sendiri merupakan antara pengusaha stesen minyak itu? Ya’lah, mana tahu’kan, ahli politik kita ini kaya raya. Atau mungkin juga ada orang lebih atas yang memaksa beliau memberi kenyataan sedemikian, maklumlah yang paling atas itu bukan merupakan ahli politik berkategori bijak dan kerap tidur dalam mesyuarat.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini. […]