Jika tidak silap saya selepas membuat kajian dalam beberapa minit, kesemua anggota Elite (kumpulan asal) iaitu Azza, Shasha, Watie, Abby dan Linda pernah bercerai.

Abby sebelum ini di dalam satu sitcom di Astro mengenai flashback kumpulan Elite mengatakan dia bertuah kerana hubungannya dengan suami (Norman Hakim) tidak mengalami masalah yang kritikal. Ketika itu, hanya Abby seorang sahaja dari anggota kumpulan Elite yang masih kekal rumahtangganya tanpa kes cerai-berai.

Dan kini berkemungkinan Abby akan diceraikan untuk kali ke’dua selepas rumahtangganya goyah sekali lagi apabila akhbar mengatakan Norman Hakim di tangkap khalwat bersama dengan artis kurang popular yang baru meningkat naik iaitu Memey Suhaiza.

ps: Khabar angin juga mengatakan mereka berlima (kumpulan Elite) akan bersatu kembali dan menyanyikan lagu Trauma Versi-2