Susulan FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu melawan Negeri Sembilan kepada RM50. Beberapa kumpulan hacker telah menyahut bantahan tersebut dengan menggodam laman rasmi FAM pagi tadi.

FAM melalui kenyataan akhbar berkata mereka tidak akan berganjak dengan keputusan menetapkan harga RM50 bagi perlawanan akhir yang akan berlangsung Sabtu ini dan tidak bercadang untuk menurunkan harga tiket tersebut walaupun terima banyak bantahan.

Walaubagaimanapun, maklumat yang kami terima bahawa penjualan tiket setakat ini tidak melebihi 2000 unit berbanding tiket yang dijual iaitu 30000 unit.