Leya HotFM, 30, disahkan bercerai dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32, sejak Rabu lalu. Mereka berdua telah bercerai di atas persetujuan masing-masing di Mahkamah Syariah Subang Suria, Subang.

Leya enggan mengulas punca perceraian mereka kerana ia terlalu peribadi dan mahu ia menjadi rahsia. Manakala bekas suaminya pula menerima ketentuan itu dengan hati terbuka dan komited dengan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anaknya.

Mereka berdua akan bergilir-gilir menjaga anak kembar mereka, Aza Ameena dan Asha Ameena. Ashraf berharap agar berita perceraian mereka ini tidak disensasikan oleh pihak media bagi mengelak kekeliruan atau timbul kontroversi kurang enak.