Liza Abdullah, pelakon popular tahun 80-an telah disahkan bercerai selepas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman, 58, melafazkan cerai tersebut secara baik di hadapan Hakim Syarie. KEdua-dua pasangan dilihat menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dilakukan.

Dua orang anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat oleh ayahnya.