Zain Saidin telah sah menjadi suami kepada Rozita Che Wan dengan sekali lafaz di Gazebo Setia City Convention Centre, jam 9 malam tadi. Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Pihak pengantin perempuan menerima wang hantaran berbentuk cek bernilai RM23,200 serta mas kahwin sebanyak RM9,300 selain daripada telekung, sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.