thailand3

Sekalipun sibuk mengatur perjalanan seni agar terus berjalan lancar, namun ia bukan alasan buat Mila untuk mengorak langkah di dalam dunia perniagaan. Hasil cetusan ideanya sendiri, Mila memilih untuk memasarkan produk kecantikan LuvMILA di bawah label LUVMILA Corporation Sdn Bhd.

Bersempena cuti pertengahan tahun, Mila bersama keluarganya telah berkunjung ke Thailand bagi melunaskan janjinya terhadap adiknya. Kunjungan selama lima hari itu bukanlah merupakan kali pertama Mila ke Thailand. Sebelum ini dia pernah mengunjungi negara tersebut atas urusan kerja tetapi kali ini lebih membawa erti kerana dia berpeluang berkunjung ke tempat-tempat menarik.