Beberapa hari lepas, beberapa peminat telah memberitahu pihak media bahawa mereka terserempak dengan pasangan kekasih ini sedang bertengkar di pusat membeli-belah di Damansara, Selangor.

Gelagat mereka mendapat perhatian kerana Nelydia dilihat mengalirkan air mata selepas pertengkaran tersebut.

Nelydia menjawab apabila ditanya, dia tidak terkejut dengan isu itu timbul dan menganggap pertengkaran sepasang kekasih akibat perselisihan faham itu adalah normal. Nelydia menjelaskan lagi hubungan mereka masih baik dan tiada masalah.