Nota-Sayu-TMJ-Buat-TLJ

Suasana pilu dan sedih menyelubungi bumi Johor pada pagi ini selepas berita rasmi diumumkan malam semalam berkenaan kemangkatan YAM Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor.

Berita sedih ini juga dikongsikan oleh Tunku Mahkota Johor melalui laman Facebook Johor Southern Tigers, dipetik kata-kata beliau

Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor