Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengeluarkan satu surat khas bertarikh 6 Mac 2014 bertajuk Pemantauan Ke Atas Pegawai Awam Yang Menjalankan Perniagaan Dalam Talian.

Di dalam surat tersebut, JPA telah memaklumkan mengenai tanggungjaawb pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet.

Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.