Media Astro Awani melaporkan bahawa pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael McKay telah menghantar email mendakwa melihat sebuah pesawat dalam keadaan mencurigakan terbakar menjunam dan percaya ia berkemungkinan petunjuk baru bagi MH370 yang hilang.
Dia juga memberikan koordinat di mana kejadian itu berlaku iaitu di 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur. Pesawat itu dilihat dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi. Ini mungkin menunjukkan petunjuk baru bagi penemuan pesawat itu.