Satu episod baru telah bermula, selepas dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan Roslin Hashim 19 Ogos lalu, Raja Azmi telah membuat sidang akhbar untuk menyaman tiga individu yang disyaki terlibat dalam melakukan komplot menfitnah dan menjatuhkannya.

Tiga individu tersebut ialah bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, seorang ahli keluarga terdekat Raja Azmi, dan seorang lagi tokoh sukan yang berpengaruh bergelar Datuk.

Raja Azmi dikatakan sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku kerana ini melibatkan maruah dan reputasinya sebagai seorang penerbit filem dan suaminya sebagai jurulatih pemain badminton nombor satu negara.

p/s: kami wondering, adakah salah seorang individu yang bakal disaman itu memegang jawatan tinggi di BAM?