Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi telah di saman oleh pengarah syarikat Inki Plas Holding Sdn. Bhd., Nik Fauzi Nik Hussein sebanyak RM3.2 Juta kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.
Nik Fauzi mendakwa bahawa dia mempunyai pegangan saham sebanyak 65 peratus di dalam syarikat Inki Plas Holding dan bersetuju untuk menjual saham tersebut kepada Ras Adiba pada 24 Julai 2006.
Ras Adiba tahu bahawa pembelian saham itu bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat selepas kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan diperoleh. Walaubagaimanapun, Ras Adiba telah gagal, enggan atau cuai untuk menunaikan terma yang dinyatakan dan ini telah menyebabkan Nik Fauzi berdepan masalah kewangan.
Ola…..
yobihh ..ksiannyaaa …..
Hamik ko